11.2.11

Kenali Aku

Assalammualakum


Mak ai sopan, anak sapa la tu! masuklah. umah tak berkunci. hehe. Meh la lapangkan masa korang dengar aku nak story mori pasal diri aku yang tak bapa nak gojes nih. Nama aku Siti Hajar Binti Che Mat. nama manja aku Deqja. ni bukan2 suka nak letak nama Deqja, nama nih dah digunakan masa aku kecik2 lagi. Sepupu sepapat, anak buah aku semua panggil aku Deqja.Aku nih anak bongsu dari 4 adik beradik. Tak nampak muka manja2 aku di home page itu. hahaha. Ada rupa anak bongsu. kuikui. Nama mak saya Siti Rohani Binti Ismail. Nama ayah aku Che Mat Bin Shafie, tapi ayah aku dah pegi jauh pun. jauh dari sini. Jom ah doakan semoga arwah tenang disana (amin). Aku mempunyai seorang abang dan 2 orang kakak. semua dah kawen, tapi aku jer belum.muda lagi (masa aku menulis nih 11022011) so kalau korang baca dalam masa 2 tahun selepas tarikh tersebut maknanya aku dah kawen dan mempunyai anak pun. (kot2 umur aku panjang)










Sekarang aku nak story pasal kisah pendidikan aku. Aku nih tak pandai pun. Still blurr sotong (blurr sotong kan aku copycat dari ayat manager aku) mana dia kutip pun aku tak tau. hehehe. Alhamdulillah aku berjaya habiskan pelajaran aku. Tak da la sampai tingkatan 3 lari sekolah.. Aku habiskan degree aku di Universiti Putra Malaysia in bachelor of economics. Sekarang aku bekerja di sebuah company swasta yang position dia aku rasa tak da kena mengena dengan apa yang aku belajar dulu. haha


Sekarang aku menetap di Seri Kembangan bersama house-housemate aku yang semuanya kuat makan. Gambar di bawah ada housemate2 aku.






Mengikut kajian berdasarkan tarikh lahir aku, tabuat aku seperti dibawah, Ada yang betul2 tepat, dan ada la yang sipi2 sikit kan. jom cekidot


  1. Sangat suka didampingi (aku agreed)
  2. Banyak berahsia dan sangat sukar difahami oleh lelaki (ntah, aku taka rasa gitu pulak.huhu)
  3. agak pendidam kecuali diransang ( Cam bercanggah dengan sifat aku, aku ras kalau bagi aku bercakap sampai lusa malam tak habis)
  4. Tidak suka  menyusahkan orang lain, tetapi tidak marah apabila disusahkan (aku agreeed, bukan nak puji diri sendiri, tapi seboleh2nya aku tak mau orang lain susah2 sebab aku, im independet women. cewahhh. nangis mak aku kalau tengok aku tilis nih)
  5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus (Betul. aku suka cakap apa yang aku rasa. aku tak pandai nak dalih2. tambah2 kalau bab kentut, tak yah tanya aku sendiri akan ngaku aku kentut. Jujur kan? tapi cam tak kena tempat. hahaha)
  6. Sangat menjaga hati orang lain (ntah kadang-kadang jer kot. sometimes aku rasa tak puas hati aku sembur gak orang tu. jaga hati benda nya.huhu)
  7. Emosi sangat mendalam dan mudah terluka hatinya (agreed, kengkadang aku tengok orang tua yang  naik bas pun aku leh cam nak nangis. padahal ntah2 orang tua tu ada merz kan. tapi aku memang beremosilah, sambil tulis nih emosi aku tengah lapar. Emosi ker tu, ker nafsu? konpius)
  8. Sangat peramah (agreed, aku bercakap non stop)
  9. Mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan (agreed)
  10. Tidak suka benda remeh temeh (ntah, sometimes aku suka ngungkit benda yang remeh gak. tak caya tanya BF aku. huhuh)
  11. Membimbing cara fizikal dan mental
  12. Sangat peka,mengambil berat dan mengasihi serta penyayang
  13. Layanan yang serupa terhadap semua orang
  14. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian (betul. Cth kalau jumpa orng tengah berjalan, bercakap dengan orang sebeleh ker kan, aku dah boleh buat kesinpulan dan penilaian dah. selalunya negative jer aku buat. nasib lah. haha. gila keji)
  15. Mudah dan rajin belajar (ntah lah aku rasa aku malas belajar, sebab tu aku nyer pinter cam paras hidung jer . hahaha)
  16. Tinggi daya simpati (Betul lah. aku memnag begitu. sometimes kesian kat sapa2 ntah yang aku tak bapa nak kenal)
  17. Suka muhasabah diri (Betul,. kalau lepas aku berckap and lakukan sesuatu yang buatkan orang tu terasa, aku suka tertanya diri aku, asal aku buat gitu, pastu nyesal)
  18. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama (Betul. aku memang begitu!)
  19. Suka mendiamkan diri
  20. Suka duduk dirumah (kengkadang u olss)
  21. Pemerhatian yang tajam (betul lah, lepas aku tengok satu benda atau seseorang kan, tunggulah, bersusun ayat aku nak cakap pasal benda tu,tapi orang lain tak pasan pun)
  22. Suka tunggu kawan tak suka cari kawan (kengkadang kot)
  23. Tidak agresif kecuali dipaksa (ni pun kengkadang gak aku rasa)
  24. Lemah dari segi kesihatan perut
  25. Mudah gemuk kalau tak kawal diet (skang aku agreed. dulu masa study ak tak gemuk pun.  maintan badan nasha aziz. skang cam noreen aziz dah)
  26. Minta disayangi (mestilah! ada ker orang minta dibenci. gila nokk)
  27. Terlalu mengambil berat (ntah kadang2 kot)
  28. Mudah terluka tapi lmbat pulih (yang nih aku tak bapa nak sure, nanti aku muhasabah diri, betul ker)
  29. Rajin dalam membuat kerja  (depends on situation. kalau datang angin monsun malas aku, malas gak aku jadinya- tengok jujur kan aku. means betul lah point no 5 tu)


Sampai kat sini je la aku story pasal diri aku. Nanti2 aku dah kawen kot2 dah ada anak aku update lagi hokeyyy


chow..A

No comments:

Post a Comment