12.7.11

bull****

Did u felt how’s you will react when the person around you treat you unfairly?

Like fuck

Like damn

You bullshit!


5.7.11

mee bandung bajet buatan aku

semalam feeling aku rasa cam nak makan mee hailam lak. al kisah nya aku ada makan mee hailam hari sabtu haritu dekat rumah cousin laki aku, then feeling nak buat sendiri lak. so semalam aku dengan konfident nya pergi giant beli bahan-bahan untuk di masak

kena dengan tema aku nyer mee hailam aku beli fish cat, fish ball, sawi n carot. that all. tak da ayam tak da daging, sotong n udang bagai. konpem sapa yang makan mee hailam aku tak kena sakit gaut.. selamat dunia akhirat sebab mee hailam aku berasaskan sayur-sayuran... 



air bandung adalah wajib bila umah kami terlalu banyak susu..susu lebih buat kek. sangat superb.

abaikan yang berlemuih di tepi dinding mangkuk tu. fokus kepada texture and rasanya. rasa sekali pasti  maw lagi. fish cat dia terrible sikit rasa. tak tau sama ada dah expired atau flavour masam. memang damn pakcik kedai bawah kalau aku check balik plastik fish cat tu tarikh dia memang dah expired

kalau di tambah dengan udang bagai, konpem2 kalah mee udang mak jah kat kuala sepetang. dia dah boleh tutup kedai and prepare pegi haji dah, aku akan take over and konker. hahahahahaha. gelak setan

abaikan surat khabar tersebut. fokus pada periuk mee tersebut. terbaik.


lepas ni aku nak cuba mee kuah pulak..

cekidot.

kiut ker siut?




gambar di atas adalah menjahanmkan bebudak jer. memang ah macam have fun, but no need to published. buat koleksi peribadi sudah. sok anak ko besar ko tunjuk senyap2 dalam bilik. "ni gambar mak curi2 tangkap dulu. saja mak bosan2 tunggu ayah ko balik dari keja so mak kerja kan ko kejap" ....

camtu sudah........

tak pun cer ko bagi pakai songkok ker kain pelekat ker. at least anak ko tau itu adalah typical orang melayu nak gi solat jumaat or solat hari2.

cam damn!

dalam kes ni siapa perlu di persalahkan. Mark Zuberg kot. 

tetiba...



bulan madu di awan bluee...

cameron

feeling2 honeymoon.. honeymoon half way..hehe

aku tak tau kenapa suma gambar aku di cameron ni tak bapa nak gojes. orang lain cakap lepas kawen naik seri, aku nampak muka aku kusam jer. sedih mak!

disebab kan tak bapa nak gojes, aku upload sikit jer. yang mana penting2 jer. 

layan la pic aku yang separa gojes ini.

kami pergi bersama family. this is my new family. masa nih kan semua bajet2  gojes sebabnya masing2 beli sunglasses baru. hahahaha. nampak hitam jer alam maya ok. ko ado?

dah nama cameron. aku rasa gambar wajib ah ladang teh nih. aku malas turun. laki aku jer turun memetik daun teh yang aku rasa tak da guna pun. kesudahannya mana ntah daun teh tu. kalau boleh tanam kat umah then membiak dengan jayanya aku pun akan turut serta untuk memtik. tapi... ke tong sampah jugak daun teh tersebut. sedih!

aku tak tau kenapa muka aku nampak kembang semangkuk di sini. teknik pemakaian tudung ker yang salah? aku masih mencari jawapan yang tak pasti. aku di dalam samar (cam boleh buat tajuk lagu lak last statement aku tu)

Tadaaaa. ni mak baru aku.. gojes kan. sebabnya dua2 pakai cermin mata. aku beli subglasses tu terus pakai tak bukak2. motif? boleh lah aku cover mata aku yang tak bapa nak centre. ko ado?

kembangnyerrrr spek mata. sekali tengok cara aku bertudung tu cam orang tak da cermin kat umah.

aku dengan laki aku yang makin bertambah tumbesarannya.hensem janggut abang...leh pinjam?
Ingin nampak macam kanak2 ribena? tirulah aksi saya. 

4.7.11

cap kipas udang

anda ingin kaya seperti mereka?

anda ingin mempunyai duit berbentuk kipas udang seperti mereka?

kini usah risau! secara esklusif saya dedahkan imej orang-orang yang berjaya tersebut. buru lah mereka!




imej di petik dari album rdean kwory.

thanks

what what what

lama benar tak hupdate blog u olss. sorry eh follower aku yang sampai 2 juta orang. admin sibuk lately nih. sibuk atas urusan apa pun admin masih tercari2.

1. sibuk camna nak tambah badan yang yang sedia di pam-pam.
2. Sibuk dok kisah n cerita pasal orang lain (pompuan-pompuan)
3. sibukkan diri dok memaki hamun orang yang update status macam Fakk kat FB
4. sibuk buat benda yang ntah apa-apa sperti cari menu yang best kat tenet pastu sibuk2 nak try. kesudahan bahan tak da. tak ad feeling makan nasi lemak makcik indon dan nasi sizzling bangla + vietnam kat The Mines


aku ngantuk giler.. rasa cam nak gi tido kat surau atas sekejap. (itu adalah bukan dalam kategeri sibuk sebab itu adalah rutin harian aku di tempat kerja)

babai

cekidot u olss

anyway aku suka lagu si Nera. hatiku milikmu. layan ok.. 



16.6.11

Alkisahnya...

Alkisahnya bila fauziah gaus tolak cinta si Ikram Dinzly ( aku taip nama Dinzly tu lebih dari 3x. akibatnya susah sangat nak eja. Mana dia kutip nama camtu?? Mesti stock2 diri bajet orang purtugis … ntah2 nama sebenar Ikram Daud. Nak galmer..letak lah Dinzly…)

Aku petik article nih dari murai.com.. bacer la kalau korang lalu….

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2011: Status teman tapi mesra yang tercetus di antara pelakon Iqram Dinzly dengan Fauziah Gous bukanlah menjadi satu rahsia lagi di kalangan warga mahu pun peminat industri hiburan.
Umum sudah mengetahui mengenai keakraban mereka. Malah, Iqram Dinzly juga pernah menghulurkan cintanya terhadap Fouziah Gous tetapi ianya telah ditolak secara baik oleh pelakon yang yang berambut ikalmenawan itu.
Bahananya, Iqram Dinzly mengakui pernah tidak bertegur sapa dengan wanita tersebut hampir sebulan. Bukan tidak dapat menerima hakikat tetapi apa yang dilakukannya itu adalah sekadar untuk memujuk hatinya.
Namun, menyedari bahawa persahabatan sebenarnya lebih bernilai daripada cinta, ia akhirnya membuatkan Iqram Dinzly seperti terjaga dari lamunannya bahawa dia tidak boleh terus menunggu sehingga pintu hati Fauziah Gous terbuka untuknya. Sebaliknya, dia kini sudah bersedia untuk menjauhkan diri serta mencari cinta yang baru.


"Kami terlalu rapat dan banyak benda kalau tersilap cakap akan membuatkan satu sama lain rasa kecil hati. Saya pernah suarakan cintakan saya pada Fauziah dan dia tak dapat terima saya kerana saya kawan baiknya. Jadi, sampai bila saya harus menunggu dan rasanya kami bagi peluang pada diri masing-masing untuk bergerak bebas.


"Sampai bila kita hanya mahu berkawan rapat dan kalau dia tak boleh terima saya lebih dari seorang kawan biarlah saya menjauhkan diri daripada dia. Saya tak mahu dikaitkan dengan dia lagi kerana saya dah penat jawab persoalan orang mengenai kami. Selepas ini saya dan dia juga boleh mencari atau memilih pasangan hidup masing-masing," jelasnya kepada portal murai.com.my.


Tidak mahu mendesak Fauziah untuk menerima cintanya, kata Iqram, dia enggan kehilangan seorang sahabat.
"Cinta hilang akan berganti kalau kawan sampai bila-bila kita akan memerlukannya. Keluarga kami juga rapat dan kami memang memerlukan antara satu sama lain. Saya tak mahu merosakkan hubungan persahabatan ini," jelasnya.


Mengakui telah pun bersedia untuk mencari cinta baru , Iqram berkata, dalam tempoh 3 bulan lagi, usianya bakal memasuki 30 tahun.


"Kalau saya masih rapat dengan dia nanti orang ingat kami ada hubungan. Jadi, apabila kita dah bawa haluan sendiri, saya juga sudah boleh mencari cinta dan wanita lain pun tak keliru sama ada saya ada hubungan lagi dengan dia atau pun tidak.


"Kawan -kawan saya yang lain semua dah kahwin. Jadi, saya akan bagi tempoh untuk diri sendiri dalam tiga bulan ini sahaja. Kalau tak, saya akan serahkan kepada ibu saya untuk mencarikan jodoh untuk saya," katanya.

aku tak concern cerita dia.. aku concern orang yang komen. siap ada yang offer diri lagi nak jadi kekasih si ikram nih... cam fakkrulll jer. wakeup please... ko tak yah tengok jauh2. ko tengok jiran sebelah umah ko tu jer..kalau dia tak lalu nak tengok muka ko, ......mm ko pikir ah sendiri..





yang ni aku lagi kesian. siap bagi email. asal ko tak bagi alamat umah jer. aku rasa bukan ikram yang add dia nanti, aku rasa bapak tiri ikram yang akan add then ajak buat cam sex...ngeee. sumpah jahat


yang nih mesti orang kampung fauziah gaus. sebabnya dia tau nama panggilan manja foziah gaus kat kmpung.. pojeya... terbaik


cekidot

luahan 1

Dah berlaki rupanya aku…

Tetiba.

Aku rindu kat laki aku..

Rindu nak bergaduh dengan dia..

Best2 sama2 keras kepala. Ko majuk aku pun majuk. Ko wat muka taik aku wat muka longkang...

I miss u abang. So much..can’t explain thru words..

Lekas pulang abang…


15.6.11

kerja jalanan cam bang***

Apa kejadahnya Jobstreet nih…

Aku rasa aku dah applied more than 10 jobs kat jobstreet hampeh nih, but no one call me to arrange an interview... And it makes me doubt kat situ. Whether I’m disqualified ker or jobstreet nyer system yang cam hampeh. Serious. More than 1 months aku surf website ni and mostly everyday aku ada apply job. Tak kan satu pun tak layak. Sedih noks

Yang pelik till today tak da sapa pun col aku. Sangat bangang kah aku sampai tak layak nak kerja..sedih mak

Ok lepas nih aku nak test nak apply ker ja tukang kebun then nak letak qualification PMR.. cer tengok. Ada tak majikan tu nak call aku. Kalau tak da gak memang sah JOBSTREET sangatlag membangsat kan....





aku rasa nak naik parlimen nak suruh tukar dia nyer moto kat bawah tu....


Bangsat…Jamban

OMG.. aku lupa aku puasa hari nih….

i'm fasting today....

Aku puasa hari nih.. then dalam kepala tak tau nak makan apa… then yang paling best aku tak tau bapa hari aku dah berjaya ganti puasa. Sebabnya aku bukan jenis puasa 10 hari tanpa henti. Aku rasa aku nak puasa aku puasa ah… tapi ikut naluri kata hati aku, aku dah puasa dalam 7 hari dah kot. (lebih kurang mintak ampun Ya Allah)..

Bulan puasa dah nak dekat kan, tak sedar pun, tau2 dah nak puasa. Tahun nih kira tahun ke 3 kot aku puasa dengan umah bujang. Ngan housemate-housemate aku yang kuat makan. Hehehe. Konpem ah kalau gi bazaar kan, semua benda nak di belinya. Lepas berbukak yang adoo, atas meja buruk tu jugak tempat persinggahan makanan tak habis. Tapi serious sangat best time berbukak. Tu ah nikmat orang islam rasa yang mana orang bukan islam tak dapat merasa. (aku bercakap tentang agama ker nih) OMG..OMG

Then the best part tahun nih jugak aku berpuasa as a isteri orang, then im not sure whether I still able or not to spend my time untuk berbuka puasa dengan my housemate during weekend. Omg.omg… hehehe

Suami is priority (aku sedang bercakap tentang hokum rumah tangga ker nih ) OMG..OMG

Rasa fedup nak berulang gi Melaka, aku arahkan jer laki aku datang turun kl, berbuka kat sini, then check in jer mana-mana hotel murah kat sini. Settle.

then nanti aku continue lagi meraban kat sini, aku nak sambung kerja...kerja facebookin.....

assalamualaikum guys (penutup kena baik punya since aku puasa hari ni)

13.6.11

camni pun boleh eh?

perlu eh nak update blog dengan story ni?

perlu kerana ramai tak tak aware sangat regarding these useful tips. include me:))

cekidot kawan2...





Untuk mendapat anak lelaki.
1. Untuk si suami, digalakkan mengambil makan berprotein tinggi seperti daging merah manakal si isteri mengambil makanan bersifat akali atau neutral seperti sayuran hijau.
2. Pasangan akan bersama sebaiknya bermula pada hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, si isteri haruslah membasuh kemaluan dengan menggunakan serbuk soda bikarbonat yang bercampur dengan air. ( 1 sudu kecil / segelas air )
Untuk mendapat anak perempuan.
1. Bertentangan dengan cara untuk mendapat anak lelaki, si suami pula harus banyak memakan sayuran manakala isteri pula mengambil diet protein yang tinggi.
2. Pasangan akan bersama bermula hari ke 2 masa subur.
3. 15 atau 20 minit sebelum bersama, isteri perlu membasuh kemaluan menggunakan cuka masak bercampur air ( 1 sudu kecil / segelas air ).
Kaedah ini memberi peratusan hingga 75 ke 80% ketepatan. Walaubagaimanapun, kesemua ini adalah ketentuan Allah dan kita hanya berusaha untuk mendapat yang terbaik.
Wallahu A’lam…

P/s: suma nya aku copy n paste. termasuk Wallahu A’lam…
hehe.

Assalammuailaikum:))

khasiat madu

lately nih kan aku rasa cam nak minum madu jer. tak tau kenapa. since lepas aku kawen aku rasa aku nak makan produk yang berasaskan kesihatan. aku rasa cam nak diet, nak kuarangkan makan nasi, aku nak kembalikan berat badan aku yang ideal dulu. kali nih aku betul2 tekad. aku cam nak makan banyak vitamin untuk kulit aku yang dah cam berkerak jer aku tengok. since semangat aku berkobar2 aku ada baca article cakap untuk lebih sihat dan bertenaga (bertenaga??) salah satu dari padanya adalah makan madu. madu lebah. bukan aku suruh laki aku cari madu. sounds like silly. goshhhhhhhhhhhhh

then aku ada search beberapa article regarding khaisat madu ini. so pada korang yang ingin berTENAGA dan kekal chantek mantop jom sama2 kita gi cari madu..



cekidot artickle dibawah guys

P/s: aku kopi n pes jer suma article ni. tak da masa aku nak olah then nak cari input tambahan. tak da paedah. so korang baca ok.

KHASIAT MADU ASLI
 
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.


5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

 C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

12.6.11

apakah?

saya dah jadi bini orang

saya dah jadi bini orang

saya dah jadi bini orang

so what ko tulis berkali2?

suka hati aku lah.

nanti aku akan update pic aku banyak2

layan final AF9 dulu
(malasnya nak pegi keja esok-tetiba) 
serious


24.5.11

neves habis

Betul ker aku nak kawen minggu depan nih.. serious aku cam tak caya gila. Please sapa2 tampar aku. Biar relai gigi aku yang tak da disiplin nih…

Serious aku masih tak percaya

Aku yang di dalam ofis yang semak dan masih tidak boler berfikir secara waras.

anyway aku sakit pinggang harinih...

nak bernafas rasa senak jer...

pinggang aku turut sama nerves

21.5.11

please dodoikan saya dengan lagu ini

Please dodoikan saya dengan lagu sebegini....
sumpah saya menangis 3hari 2 malam bila dia nyanyikan lagu ini...
saya rasa tak nyesal memilih dia (erk?)
saya rasa dia lebih macho dari Farid Kamil
saya rasa datanglah dato, jutawan mana, tak kan tergugat cinta saya kepada dia..sorang2 saya tepis..(erk?)
dan akhir saya rasa ingin hidup seribu tahun lagi bersama dia...







19.5.11

bulat-bulat tahik biawak

aku macam nak remove jer ombak2 sebelah kanan aku yang bulat-bulat tahik biawak ni. camna eh nak buang. aku tau letak jer, nak cari camna nak buang dah tak tau. cam semak lak mata aku dok tengok.

aku yang buta it. please bantu

shit

Lu langsi lu mati

kenapa aku puas hati menonton filem kongsi.

1. sebab Sam kecek kelate. sumpah agak lawak. whatever they said i like this movie. 
2. saya pergi menonton bersama rakan-rakan baik saya.
3. saya menontnnya pada waktu siang dimana saya tidak perlu rasa takut tahap melampau apabila tunang saya col dan kacau2. kalau keluar waktu malam ko siap la. berbakul2 dia akan maki ko. ko tungguu
4. location seat yang kami duduk tidak lah terlalu berdekatan dengan screen
5. tak da pun babak dia yang membosankan, rasa cam tak sempat nak tarik nafas la
6. aksi dia cam sikit2 membuatkan aku kagum

update terbaru aku tau cita ni telah berjaya mengutip 7 juta sepanjang 7 hari tayangan. nak tau lebih lanjut korang klik kat  Sini


* support lah filem malaysia. (asalaku cakap camni, sebab aku rasa kadang2 berbakul gak aku ngutuk filem Malaysia nih)

18.5.11

what the hell?

nothing to post, but i had to write that,  now i am struggling to face with stranger person. damn cool rite!

????

i hate dis kind of shit person

15.5.11

sedihnya...

ini pic aku amek 19 hari sebelum aku nak kawen. sedih..aku outing bersama rumate aku dan my besties. outing di area selangor.. dah almost 1 year tak jumpa dowang, even dowang tinggal area sini2 jer. masing2 ada komitmen sendiri. kami tengok wayang bersama2, makan, tido suma sama2. time aku menaip nih tengah hujan. plus 2x touching.

aku pasti akan rindukan saat2 nih lai. pasti..i lebiu all my friends!. thanks to being apart of my life...i will miss u my girls


udang yang aku makan tanpa mengira penat!


Sutun


aku tak tau apa kaedahnya kawan2 aku amek yang color hitam tu, wat semak periuk jer. hehe


Cukup la nak membuat percentage untuk sakit gaut tu dalam 50%


Rambut-rambut


rumate saya yang sangat comel dan cikgu yaya yang always smile (^_______________________^




Mereka lagi. sangat lapar menunggu makanan ini masak ok


wanie dengan blak berry nyer.. aku ? heteceh.. tu pun kalau ada duit


Aku yang sangat buruk


Cikgu fesyen


wanie yang become smaller


makanan yang aku rasa aku sentuh dia nyer sotong jer


sangat berahi di waktu kelaparan taham kemaksimaan


model apa? model minyak cap kapak. nak kata model oren sangquik tu please buat surgery dulu


rebushhhhhhh


asal banyak sangat gambar cikgu2 nih. ooo sempena hari cikgu. huhu


anim yang makan tanpa mengenal erti jemu ok


henset RM500 yaya

4.5.11

Coleslaw kfc

Lama betul aku tak makan coleslaw kfc nih. last aku makan ada lah 2 minggu lepas kat Mahkota Perit. aku ada tulis entri pasal Mahkota Parade . sila lah klik di Sini untuk mengetahui. dalam banyak² aku makan caleslaw, KFC ah da best aku rasa.  cita pasal mahkota perit baru² ni aku ada kesana lagi. actually dari mula aku malas gi. then BF aku ajak2 cakap ada kawan2 dia kat sana. serious aku malas. ntah camna nak dijadikan cita aku gi gak dalam kemalasan melanda diri aku tu. then pegi2 tempat pertama kami harus menuju adalah bilik karoeke dia. Mak ai perit yang haritu pun belum hilang lagi,. dengan perit di hati aku masuk ah. tapi kali ni kira ok sikit ah, tak da lagi peristiwa number tercabut or what. siap tambah sejam lagi karok session. wah! per cer?


aku dah meraban nih. so pada korang n diri aku kalau rasa rajin nak buat coleslaw sendiri refer la dekat bawah ini. Kalau aku, aku tak mo buat, aku nak beli jer. sebabnya aku tau aku takkan makan banyak masakan yang aku masak sendiri. itu jenis aku. so aku rasa lebih baik aku membeli.



Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. 
P/s: aku copy dari blog sapa ntah. kalau tak jadi jangan salah kan aku. salah kan minah nih. aku nak copy dari google sumanya dalam bahasa omputih. aku batak sikit kalau guna bahasa orang kafir nih. dari nak buat coleslaw guna resipi omputih nanti jadi kubis masak lemak jer. 











selamat mencuba

Bila mana ko menggatal


Ini menggatal secara aku nampak. Cuba bila aku tak nampak. Memang cam hampeh jer kan.









3.5.11

kami lah otai..

dulu aku dok asrama. Nama asrama aku Dato Haji Hussein. Nak jadikan cita last satuday dated on 30 April 2011 aku berjumpa balik dengan senior aku masa sekolah dulu2. Bukan secara sengaja, tapi ini semua telah la di rancang 2 bulan sebelum. Sumpah best, sebab kami boleh ungkit balik zaman2 jahil dulu. hahahaha. kami sangat OTAI. kami tak macam budak2 lain yang skema, muka buku, ontime masuk sembahyang kat surau. Aku and senior2 aku yang tak berguna masa dulu tidak sekali2 berbuat begitu. wahahahah. kitaowang sembahyang dalam bilik jer. sebab malas nak baca Yasin lepas solat maghrib. jahil kan. wahahahaha.

kalau bab pegi makan, mesti geng2 kami kena boooo dengan aspura(budak asrama lelaki). sebabnya aku pun tak tau, mayb sebab kami adalah otai dan selalu di sebut2 oleh semua orang.

Antara perengai jahil yang kami buat dizaman dahulu

1. orang lain pegi skolah beratur and jalan ramai2 cam anak semut, aku n geng2 aku tak da masa nak buat semua tu. buang masa . hahaha

2. orang lain pegi breakfast dalam kol 7 dekat dewan makan. kami kol 7 baru bangun n dengan muka bunkface pegi mandi bawak towel n baldi.

3. orang lain  pegi makan amek buah tembikai satu, kami balas sampai dua. pernah satu kali tu makcik buah tu kejar aku n da geng dengan pisau panjang potong tembikai tu, hahahhaa.. orang lain tak berani buat. kami jerh. (budak2 yang masih tak dapat hidayah)

4. Kalau dulu duduk asrama nak ke dorm sebelah pun kena pakai tangan panjang ok. walaupun ko pegi nak pinjam penyapu. aku n da geng ado nak buat. mintak ampun, aku pakai singlet jer. pastu tutup dengan tuala.

5. dulu aku rajin bawak novel. orang lain tukang pinjam jer, sampai satu tahap ada spotcheck aku kena pukul dengan warden. sebabnya pembekal novel terbanyak ketika itu. Buku skolah ado nak baca. mintak simpang. (sebab tu aku jadi bangap sampai skang)

6. benda nih masihs segar dalam ingatan aku, aku n da geng aku kumpul paper bacaria semata2 nak baca "kisah malam pertama" sekali kena rush dengan warden. semua terabur lari, tapi tak terlepas. kena ceramah n kena maki (bukan sebab sangap. sebab kami banyak duit nak beli paper tu)

7. sembayang berjemaah la paling kami malas. aku n da geng mesti masuk lambat. masuk time orang sujud, then amek saf belakang, sembahyang sorang. hahahaha. alasan nya panjang sangat doa tok imam. hahahaha. sebab tu aku tak dapat hidayah sampai sekarang.

8. time qiamulai la paling aku malas. sebab kena bangun awal pagi, then sembahyang taubat terus. aku ingat satu peristiwa, aku masuk lmbat dalam surau, sembahyang qiamulai sangat la lama sujud n rukuknya. aku tengah sujud. aku fedap lama sangat, aku tido kat belakang. masa tu lammpu tutup. sebab nak amek feel. lepas qiamulai sembahyang taubat lak, aku tak buat. aku sambunng tido kat belakang. cam best jer dengann gelap n tido dalam keadaan masih betelekung. aku ingat lagi ustaz yang jadi tok imam tu berdoa sambil nangis2. aku kat belakang nih lak terus sedap di buai mimpi. siap pesan kak member lagi, dah habis semayang tolong kejut. jahil tol aku. hahahaha

9. aku kena jaga tiang skolah sebab aku lari balik awal time rehat(lunch) berdiri cam orang bodoh. wahahaha. padan muka aku

banyak lagi ah benda dajal aku buat bersama geng2 aku. tapi tu semua kengangan yang tak dapat aku lupakan., benda tu la yang mematangkan kita dalam tak sedar sebenarnya. 

i miss u all my besties. aku berharap persahabatan kami tak berakhir sampai sini....

gambar yang sempat snap....

Ini actually last snap after we were having karoeke session. mereka sangat teruja nak tangkap pic dengan mamat separa gelap itu. hehehe

Anak kak ela bersama kak gee n kak atul. anak kak ela sijibik cam bapak dia. pada hari kami bertemu kak ela la menjadi bahan kutukan kami. heheheh

Taken by encik tunang aku. please la. suka sangat tangkap angel yang boleh nmpak aku  gemuk. 

kami yang bajet hot, baju pink itu sudah menjadi mak budak. kak ela. hahaha

aku and ketua lanun masa di hostel dulu. mariatul, hehehe

kak gee yang akan berkahwin seminggu sebelum aku. huhuhu

aku and kak gee lagi. anak sedara warden masa kat hostel dulu. tapi nak wat camna . nama jer anak sedara. jahat dia cam lanun gak. hahah

Di umah kak lang

mereka sangat teruja. haha

yeah.. we are super hot gurl on that nite. suma mata cam hampeh jer. jadi mata kucing

izat anak kak ela cuba meraba mariatul. LOL

kak lang(tuan umah) yang tak masuk kamera.

posing yang aku rasa paling sinonom dengan aku

pipi aku yang sangat tembam, mariatul yang sangat mantain

kamilah otai

hot nyer kami disitu

izat yang cam tak bapa sudi nak snap pic ngan aku

Kami yang semakin gemuk

hahahhaha. ada ceirta sebalik ini pic


Mamat nih sangat excited nak bergambar dengan mariatol. hahaha. mereka adalah tekong nasyid masa skolah2 dulu

mana kak lang?