4.5.11

Coleslaw kfc

Lama betul aku tak makan coleslaw kfc nih. last aku makan ada lah 2 minggu lepas kat Mahkota Perit. aku ada tulis entri pasal Mahkota Parade . sila lah klik di Sini untuk mengetahui. dalam banyak² aku makan caleslaw, KFC ah da best aku rasa.  cita pasal mahkota perit baru² ni aku ada kesana lagi. actually dari mula aku malas gi. then BF aku ajak2 cakap ada kawan2 dia kat sana. serious aku malas. ntah camna nak dijadikan cita aku gi gak dalam kemalasan melanda diri aku tu. then pegi2 tempat pertama kami harus menuju adalah bilik karoeke dia. Mak ai perit yang haritu pun belum hilang lagi,. dengan perit di hati aku masuk ah. tapi kali ni kira ok sikit ah, tak da lagi peristiwa number tercabut or what. siap tambah sejam lagi karok session. wah! per cer?


aku dah meraban nih. so pada korang n diri aku kalau rasa rajin nak buat coleslaw sendiri refer la dekat bawah ini. Kalau aku, aku tak mo buat, aku nak beli jer. sebabnya aku tau aku takkan makan banyak masakan yang aku masak sendiri. itu jenis aku. so aku rasa lebih baik aku membeli.



Bahan-bahan
  • Kobis Putih 1 kg
  • Lobak Merah 150 gram
  • Mayonis 200 gram
  • Susu Tepung Penuh Krim 4 sudu besar
  • Gula Pasir 5 sudu besar
  • Garam 1 sudu teh (rata)
  • Cuka 1 sudu besar
  • Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.
Cara Membuatnya
  1. Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  2. Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  3. Masukkan mayonnis, susu tepung, gula pasir, garam dan cuka ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Sebaik-baiknya pakai mixer. Tapi saya bantai pakai sudu jer sebab tak tahu isteri simpan mixer kat mana, nak tanya, dia dah tidur, tak sampai hati nak bangunkan. (Saya buat projek ni tengah malam daaa)
  4. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  5. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  6. Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. 
P/s: aku copy dari blog sapa ntah. kalau tak jadi jangan salah kan aku. salah kan minah nih. aku nak copy dari google sumanya dalam bahasa omputih. aku batak sikit kalau guna bahasa orang kafir nih. dari nak buat coleslaw guna resipi omputih nanti jadi kubis masak lemak jer. 











selamat mencuba

No comments:

Post a Comment