16.6.11

Alkisahnya...

Alkisahnya bila fauziah gaus tolak cinta si Ikram Dinzly ( aku taip nama Dinzly tu lebih dari 3x. akibatnya susah sangat nak eja. Mana dia kutip nama camtu?? Mesti stock2 diri bajet orang purtugis … ntah2 nama sebenar Ikram Daud. Nak galmer..letak lah Dinzly…)

Aku petik article nih dari murai.com.. bacer la kalau korang lalu….

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2011: Status teman tapi mesra yang tercetus di antara pelakon Iqram Dinzly dengan Fauziah Gous bukanlah menjadi satu rahsia lagi di kalangan warga mahu pun peminat industri hiburan.
Umum sudah mengetahui mengenai keakraban mereka. Malah, Iqram Dinzly juga pernah menghulurkan cintanya terhadap Fouziah Gous tetapi ianya telah ditolak secara baik oleh pelakon yang yang berambut ikalmenawan itu.
Bahananya, Iqram Dinzly mengakui pernah tidak bertegur sapa dengan wanita tersebut hampir sebulan. Bukan tidak dapat menerima hakikat tetapi apa yang dilakukannya itu adalah sekadar untuk memujuk hatinya.
Namun, menyedari bahawa persahabatan sebenarnya lebih bernilai daripada cinta, ia akhirnya membuatkan Iqram Dinzly seperti terjaga dari lamunannya bahawa dia tidak boleh terus menunggu sehingga pintu hati Fauziah Gous terbuka untuknya. Sebaliknya, dia kini sudah bersedia untuk menjauhkan diri serta mencari cinta yang baru.


"Kami terlalu rapat dan banyak benda kalau tersilap cakap akan membuatkan satu sama lain rasa kecil hati. Saya pernah suarakan cintakan saya pada Fauziah dan dia tak dapat terima saya kerana saya kawan baiknya. Jadi, sampai bila saya harus menunggu dan rasanya kami bagi peluang pada diri masing-masing untuk bergerak bebas.


"Sampai bila kita hanya mahu berkawan rapat dan kalau dia tak boleh terima saya lebih dari seorang kawan biarlah saya menjauhkan diri daripada dia. Saya tak mahu dikaitkan dengan dia lagi kerana saya dah penat jawab persoalan orang mengenai kami. Selepas ini saya dan dia juga boleh mencari atau memilih pasangan hidup masing-masing," jelasnya kepada portal murai.com.my.


Tidak mahu mendesak Fauziah untuk menerima cintanya, kata Iqram, dia enggan kehilangan seorang sahabat.
"Cinta hilang akan berganti kalau kawan sampai bila-bila kita akan memerlukannya. Keluarga kami juga rapat dan kami memang memerlukan antara satu sama lain. Saya tak mahu merosakkan hubungan persahabatan ini," jelasnya.


Mengakui telah pun bersedia untuk mencari cinta baru , Iqram berkata, dalam tempoh 3 bulan lagi, usianya bakal memasuki 30 tahun.


"Kalau saya masih rapat dengan dia nanti orang ingat kami ada hubungan. Jadi, apabila kita dah bawa haluan sendiri, saya juga sudah boleh mencari cinta dan wanita lain pun tak keliru sama ada saya ada hubungan lagi dengan dia atau pun tidak.


"Kawan -kawan saya yang lain semua dah kahwin. Jadi, saya akan bagi tempoh untuk diri sendiri dalam tiga bulan ini sahaja. Kalau tak, saya akan serahkan kepada ibu saya untuk mencarikan jodoh untuk saya," katanya.

aku tak concern cerita dia.. aku concern orang yang komen. siap ada yang offer diri lagi nak jadi kekasih si ikram nih... cam fakkrulll jer. wakeup please... ko tak yah tengok jauh2. ko tengok jiran sebelah umah ko tu jer..kalau dia tak lalu nak tengok muka ko, ......mm ko pikir ah sendiri..





yang ni aku lagi kesian. siap bagi email. asal ko tak bagi alamat umah jer. aku rasa bukan ikram yang add dia nanti, aku rasa bapak tiri ikram yang akan add then ajak buat cam sex...ngeee. sumpah jahat


yang nih mesti orang kampung fauziah gaus. sebabnya dia tau nama panggilan manja foziah gaus kat kmpung.. pojeya... terbaik


cekidot

1 comment:

  1. apa ke baghal sgt pompuan2 sume tuh..ish tlg la xhensem mne pn aku tgk si ikram watsoever tuh hokey.cam blagak ada la..daaaaaaa....hehe

    ReplyDelete