6.2.11

Malaysia is my country and Taiping is my hometown!!!


Selalu kita selalu dengar rumahku syurgaku. Sekarang entri aku, aku nak ubah tajuk dia ikut sedap naluri aku nak menulis. Baru2 nih Chinese New Year aku balik kampung aku yang super2 aman dan tercinta KG PONDOK QUIN. Confirm2 kalau korang google map tak jumpa. Coz aku nyer kampung ni terletak di celah2 launtan atlantik, berselahan benua afrika. 20km jauh dari bandar lama Afrika. Benda yang aku meraban sengsorang nih.

Bila kita cakap pasal kampung mesti feeling semacam jer kan. Sayu and rindu jer. Especially bagi orang yang kerja jauh dari kampung yang merantau cam aku ni, mencari rezeki di bumi asing,(perlu ker nak cakap bumi asing? Keyell jer kot) yang jarang2 gila dapat balik kmpung, 2 bulan maybe sekali kan. Itupun kalau dapat balik yang 2,3 hari jerh. Then on Friday sure tuang keja kan, jenuh u olss  nak apply annual leave yang adalah baki sebesar taik semut jantan! (Boss aku please eh take note asal aku kaitkan taik semut ngan annual leave)

Aku bila cakap pasal kampung aku sangat rindukan suasana kampung aku pagi2. sejuk giler, nyaman tak hingat, then minum kopi mak or tok aku buat. Terbaik! Sumpah tak tipu. Asal mak and tok aku yang buat? Jawapannya sebab dowang yang bangun awal giler. Pukol 5.30am dah bangun. Giler kan. Giler rajin n berdisiplin. Orang zaman sekarang aku rasa dah tak da dah camtu. Termasuk lah aku. Kalau bangun kol 8 dah rasa bangga giler hokey, sebab rasa tu yang paling awal dapat aku bangun. Hahaha. Keji hokey!

Depan umah aku ada lembu yang mak aku manjakan hari2. bagi makan,bawak round2 makan rumput. Bila bukak pintu depan umah nampak la lembu yang mak aku tu. Then pagi2 gak mak aku belikan nasi lemak dalam daun pisang dekat kedai bawah. Pastu sambil makan sambil kitaowang halau ayam n itik yang curi2 masuk dalam umah. Best kan? Aku dibesarkan dalam suasana yang camtu. Aku sangat miss kan moment yang macam tu! Always! Then bila dah pukol 9 sikit, sekor2 anak buah aku dah bangun. Then mula lah sesi pekik memekik satu umah. Hahaha. Coz anak buah aku sangat jantan. Tak pernah seminit duduk diam. Very super active!

Then bila dah duduk dengan mak dan tok aku mulalah bersembang2 pasal anak buah aku nih camna dah camtu dah. Hahahaha. Then sama2 gelak. Sambil2 tangan tok aku mengacip pinang nyer. Then gosip2 sikit ngan tok aku tanya kenapa orang nih camni, dengar cakap dia dah camtu....bla.bla (gosip2 orang kampung). hahaha.

Then masa balik baru2 nih kami satu family buat kenduri doa selamat sikit. Then pada sebelah petangnya ada celebrate birthday sikit. Aku tak tau birthday sapa. Anyway semua nak mengaku birthday masing2 time tu. Anyway aku sangat enjoy. Dan keesokan harinya kami pergi ke waterfall. Yang agak famous di kampong aku, iaitu Sempeneh . mandi sekejap jer, then biarkan anak2 buah yang mandi. Layan ok gambar aku sepanjang di kampung aku yang tercinta.

Ini anak buah aku. Eman namanya,. dia sangat obesesi dengan motocycle. semua  moto dia tengok dia akan kata MOTO PACAK. 

Aaa.adam. dia sangat notty. dulu kalau balik kampung amek masa dalam sejam dua baru  nak mesra baru nak bercakap. Skang dah tak da lagi. sampai2 jer enjin terus panas.

Masing2 nak rebutkan moto pacak tersebut and Eman dan Adam beralih pula dengan mencari pistol. anyway moto tu pn dah nak tecabut. at last tercabut jugak

anak buah aku yang bersuka ria dia Sempeneh. menggigil2, muka dah naik biru pun still nak main lagi. Ejat yang super excited bila mandi sungai. sepanjang hidup dia tak pernah mandi sungai

kami dengan jejaka yang tak bapa nak tampan. si baju hitam rabun. si baju oren bajet macho. si seluar biru asyik nak memaki bebudak yang main2 terjun tu.

Mereka yang super happy! 

Mereka yang kesejukan. super cute bila masing2 dah kecut.

kek yang happening!aku langsung tak makan kek ni. tak tau kenapa. lupa ker benda aku pun tak dapat ingat. (lupa ingatan n masih tertanya2 dalam hati)

anak2 buah  and sepupu sepapat aku.ini sebelum lilin di blow. Eman yang always excited. miss u guys!

Adam adn Im yang sangat buashhhhhhhhh. and si Farisha yang sangat suka menjadi batu api. hahaha

Deqja sayang korang semua! Membesarlah dengan sempurna:)

2 comments:

  1. balik kampung memang best lah kan.rase memang kalau boleh nak dok kat kampung.tp kalau dok kampung takde la pulak nak rindu balik kampung..hehe :)

    ReplyDelete