Sebelum Vs selepas
![]() |
| Ini mesti mesti korang pernah wat masa berinta kan. kekeke |
![]() |
| ini selepas bila sang lelaki dah menjadi suami |
Kali ini dengan penuh perasaan aku nak hupdate aku nyer entri. Idea ni dating mencurah burah waktu tengah gaduh dengan BF. Bukan aku nak gaduh, aku saja2 nak gaduh2 sebab nak ambik mode bercerita.kuikuikui. (kaber line). Situasi ni sedikit banyak mesti terjadi kat atas kita. Apa yang sebelum VS selepas. Ha mai sini aku nak story!
Situasi = 1 (Bukak Pintu Kereta)
Sebelum kahwin (semasa hangit bercinta)
Dulu masa bercinta, nak masuk kereta konpem2 BF yang tolong bukak pintu. Romantik konon. Skrip lebih kurang camni la
BF: Hey u, sini i bukak kan,. Tak payah lah susah2, nanti tangan u yang gebus tu kotor lak pegang i nyer keta cabuk nih. Gitu
Selepas kawen (anak 6, campur yang dalam perut yang tunggu masa nak tubit)
Dah jadi suami: Masuk lah cepat! Nak tunggu apa lagi. Bukak pintu tu. Apa yang terhegeh2 lagi.Asal tak muat nak duduk seat depan? Pegi duduk dalam bonet (amek ko. Maklumlah waktu tu badan kita dah cam bluehippo) kurang ajar nyer laki..
Situasi = 2 ( Makan di paparich- rich betul BF kita)
Sebelum kahwin (semasa hangit bercinta)
Masa makan nih jugak lah salah satu BF kita nak tunjuk yang keromantikan mereka yang tak da tolok tandingnya. Skrip seperti di bawah:
BF: u sini i suapkan. Bukak mulut sikit, alahai comelnyaaa. Ni yang buat i geram ni
Selepas kawen (duduk santap di meja makan yang di beli secara hutang di courts mamoth)
Dah jadi suami: ha. makan lah cepat! Apa yang di tenung nasik tu? apa gigi u ada magnet boleh tarik nasik tu masuk mulut? Apa dah tak larat nak hidup sangat nak suap sendiri. ( Romantiknya. Dulu waktu bercinta gigi aku berkarat pun ko cakap bersinar. siap tanya lagi. tonyoh ngan kayu sugi ker) damn!
Situasi 3 ( Bergayut di Talifon)
Sebelum kahwin (semasa hangit bercinta)
Dulu selepas balik dating, belum sempat kaki ni pijak lantai rumah dah col,
BF: ”u selamat tak naik tangga umah tu? I rindu nih dekat u, keluar la kejap lambai2 i kat bawah ni. seronok tak jumpa i tadi. Rindu la dengan u ,sesaat tak berpisah cam berabad lamanya.bla.bla..blaa”
padahal baru nih ha, (baju pun tak sempat nak salin. Punya cengat nya! (cengat adalah bahasa utara yang membawa maksud tergedik-gedik)
Dah menjadi Suami: hello, i tak balik rumah malam nih. Ada meeting. Ok. Kredit dah warning. Babai
Camtu nok! Dengan satu lafaz adn nafas jer dia col. Belum sempat bini nak menyampuk. Dah tut..tutt.tutt. Kot buat bini ni nak cakap anak dalam perut dah tekeluar kaki,.alamatnya kejung la ko ngan anak ko kat situ tunggu laki ko balik..choiiiii sangat
Situasi 4 ( Memilih tampat utk santap)
Sebelum kahwin (semasa hangit bercinta)
Kalau dulu masa berintan cintun nak makan nih ha kat kedai mewah ajer. Punya la nk tunjuk ko nih banyak duit kan. KFC, McD tak main. Tu stendet bebudak skolah jer. Sekali makan dekat Kenny Rogers, Chicken Rice Shop, PaPPa Rich, Starbuck.
BF:: U jom makan Starbuck, dah lama tak minum dia nyer cuppicono latte, last i minum 2 minggu lepas (hanggok ko. Padahal tak pernah minum pun. Jenuh surf starbuck nyer website nak tengok menu pastu bajet harga)
Dah menjadi suami dialog dia berbeza pulak.
Dah menjadi Suami: Hari ni i dapat bonus, jom makan roti canai kosong banjir kedai maulana. Ingat minum nanti jangan minta teh ais ke apa. Gula dah mahal, so harga teh ais pun dah naik seposen. Bawak botol mineral isi air kat umah jer. Ha jangan nak buat muka seposen situ. Cepat!. Kalau tak ko makan la roti menggali yang dah expired kat dapur tu!
Situasi 4 ( Kisah Perfume)
Sebelum kahwin (semasa hangit bercinta)
masa sebelum kahwen nih keluar dataing tak payah pakai perfumes pun tak per. konpem2 dia tak kan bising. wangi jer sentiasa
BF:: i suka bau badan u.asli. wangi.macam bau perfume mariah carey jer. rasa cam nak duduk dekat2 always jer.
padahal bau mak ai tuhan jer yang tau.
bila dah kawen ko pakai bedak sejuk jer ce ce ko cuba duduk sebelah dia sambil nonton televisye.
Dah menjadi suami: "woih terkejut la. ingat hantu kak limah tadi. duduk jauh2. dah la ketiak bau kepam. apa deria bau u dah tak berfungsi ker? cuba hidu bau badan sendiri. semut pun takut nak dekat! hishhh
masa tu kalau pakai perfume mariah carey pun dah tak berguna. ini lah sebenarnya lumrah. aku tak cakap jadi kat semua orang, tapi actually its happens for those yang tak tau nak hargai isteri dia.yang palstik waktu bercinta. sama2 kita mintak simpang
actually guys aku rasa benda nih boleh elak. pokok pangkalnya berbalik pada cara kita berfikir, kalau dulu kita boleh appreciate pasangan kita kenapa bila dah kawen benda nih terus berubah. sang lelaki tepuk la dada buka lah minda..
Dah la. Makin lama aku nak pikir idea untuk entri sebelum n selepas ni, makin scary aku rasa nak kawen, sudah2 lah. Nanti kita jumpa lagi. Chow!
assalammualaikum


Terbaek ah beb...ada lg point xcukup pns tu beb...hahha...ape2 pn i like and i polo u...muah
ReplyDeletewakakakkaa. make sure benda nih tak terjadi ke atas kita nok...kuikui
ReplyDelete